Monday, February 7, 2011

Mencari keberanian dalam diri ini

Aku masih lagi terus mencari-cari
keberanian dalam diri ini..

Di mana kah kamu wahai cik berani
Kenapakah kamu tak cukup untuk diri ini

Aku perlukan kamu cik berani
Aku perlukan kamu untuk aku melangkah setapak kehadapan

Bila aku temui kamu
Aku akan berusaha untuk membina cik keyakinan diri

Kerana bila kamu berdua bergabung (berani dan yakin)
Baru lah aku terbebas dari belenggu yang selama ini menyekat aku
Dari terus ke hadapan

Hanya diri ku sahaja yang boleh membantu
Datang la kepadaku cik berani dan cik yakin

Aku harus mencari kekuatan itu
Harap ia akan muncul dan memberi aku sinar..

0 comments: